About Us

HWJ Dairy Goat Farm Resources adalah sebuah ladang ternakan kambing yang terletak di Kuala Besut, Terengganu, Malaysia. Dengan keluasan tanah seekar boleh menempatkan lebih kurang 200 ekor kambing terdiri daripada kambing susu dan juga kambing daging yang bakanya diimport dari Australia, dan New Zealand. Antaranya jenis Alphine, Boer, Saanen, Anglo, Kalahari dan lain-lain.

Sumber makanan kambing ini diperolehi dari hasil tanaman pokok napier yang ditanam dan diproses sendiri oleh HWJ Resources. Kambing-kambing di ladang ini juga diberi bata garam sebagai sumber mineral untuk haiwan tersebut dalam memastikan haiwan dalam keadaan sihat.

Selain itu, ladang ini juga turut menempatkan haiwan ternakan lain seperti rusa, angsa, ostrich (burung unta), ayam api dan juga landak.