Farm House

WAN’S HOMESTAY-FARMHOUSE

Jika anda mencari kelainan dan pengalaman tinggal atau bermalam di sebuah ladang, Wan’s Homestay ialah pilihan yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga. Anda berpeluang memberi makan kepada haiwan ternakan sambil melihat dan menikmati suasana semulajadi berada di kampung.

Rumah ini dibina dengan 3 buah bilik tidur, dapur, ruang tamu, ruang makan dan bilik air. Rumah selesa untuk 6-8orang dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat transit sebelum bertolak ke Jeti Pulau Perhentian.

Anggaran jarak;

  • 5 minit dari Jeti ke Pulau Perhentian.
  • 10 minit ke Pantai Bukit Kluang, Besut.
  • 20 minit ke Bandar Jerteh.
  • 35 minit ke Pasir Putih, Kelantan.