Our Farm

Ostrich atau lebih dikenali sebagai Burung Unta merupakan tarikan baru di HWJ Goat Farm Resources. Ostrich ini berasal dari Afrika Selatan dan merupakan burung yang paling besar tetapi tidak boleh terbang. Ketinggiannya mencecah 8 kaki dan jangkauan hidup burung ini sehingga usia 60 tahun !

 

Selain itu juga, haiwan eksotik seperti landak raya atau nama saintifiknya Hystrix Brachyura dari kategori Porcupine juga diternak di ladang ini secara berlesen. Landak merupakan haiwan mamalia yang unik. Haiwan ini akan mengembangkan bulu keras sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan sekiranya terasa diancam. Ia juga merupakan langkah mempertahankan diri bagi haiwan tersebut.

 

Haiwan ternakan lain seperti rusa turut ditempatkan di ladang ini. Salah satu ciri khas rusa ialah tanduknya. Disamping itu terdapat juga rusa yang berbintik di badan atau nama sainsnya Axis axis.